Wednesday, January 7, 2009

Temubual bersama Jemay - Cet, aku lak kena ye???

Jemay: Ansar! bangun! bangun! (sambil renjis² air payau di muka dia) jom aa sembang..ade soklan sket..
Ansar: Mmmpphh!! Humang aihh!!! Slurrrpppp!!!! (Hisap balik air liur basi)

Jemay: Ko mimpi ape tadi?Syok je tgk tido..
Ansar: Aku mimpi jadi muda balik. Umur aku around Form 5, tapi aku dah ada knowledge umur aku sekarang. Woohoo!!! Puas hati gila....

Jemay: Saje je..nak interbiu ko sket...bley?
Ansar: Boleh, apa salahnya. Kalau kau nak belanja makan pun lagi la bley.

Jemay: Apekah ciri² wanita idaman bini anda? Dengar cerita bukan main jual mahal lagi sekarang ni eh..hehe
Ansar: Pergh, at least soalan pertama tu tanya le pasal diri / asal-usul / hobi ke, ini straight to spotlight! Yerkkk....Well, susah nak kata la. Em, boleh jadi apa2 given that crushes2 silam aku termasuklah cute + petite, the gorgeous + independent and the sweet + compassionate. I guess 3 ciri yang paling penting bagi aku would be always have a positive outlook in life , cantik (zahir dan batin), dan terer gila masak! Insya-Allah, based on these foundations you'd definitely find someone you'd spend your life with for the next 50++ years.

Jemay: Perkara paling gila yang penah sedare buat?
Ansar: Hehe, budak Brisbane sure tau punya. Aku pernah bakar rumah sendiri. Yaa, rumah sendiri!! (Not that it's something to be proud of). Time tu kitorang tgh panaskan minyak nak masak wedges, sambil tu aku lepak bilik Adnan melayan gitar lagu Iris - Goo Goo Dolls. Sedar2 je alarm dah bunyi WOOP!!!! WOOP!!!! BING BING!!!!! Mat Pin dah keluar bilik muka mamai lalu bertukar menjadi cuak. Fuad lak hilang tah ke mana, aku dah cuak gila dah takut dia mati kebakaran dalam Campus Lodge. In the end nasib baik semua orang okay and the property had insurance. Last2 aku kena bayar $1K, tu pun PETRONAS bayar setengah. Crazy night. Aku hilang punca selama seminggu.

Jemay: Ape ko akan buat kalau tgh lapar giler, kereta takleh start utk ke kedai dan makanan kat umah dah abis?
Ansar: Heh, aku jalan je. Budak2 selalu nampak aku jalan sorang2 gi Toowong semata2 nak makan. Kadang2 Indooroopilly. Kadang2 City. Kononnya boleh exercise skali la. Pk2 balik gila gak sebenarnya.

Jemay: Kalau anda dilahirkan kaya raya, siapakah yang anda akan jadi sekarang?
Ansar: Menteri Kewangan Malaysia (WOW!!! Jawapan on the spot). Knowledge and energy permitting, aku nak make sure Malaysia boleh realise its potential and menjadi negara yang maju. Kau pun tau, negara kita ni power sebenarnya. Tanah subur, negara cantik, barang murah, orang pandai etc. Cuma resources yang ada skrg ni tak digunakan sebaiknya. I guess bila dan kaya tahap takyah fikir duit nih, bolehlah aku concentrate on giving people what they need the most..The confidence to succeed, deriving pride in their own country. MALAYSIA BOLEH!!!!

Jemay: One word describe yourself? Kenape?
Ansar: Chill. For some reason aku perasan bila time org happy, aku takdele nak happy sgt and time org marah / cuak, aku takdela cuak sangat. Agaknya sebab tu time sekolah budak2 kata aku nih takde perasaan. Mungkin gak sebab aku lebihkan logik dari emotion when dealing with any situations in life. Hopefully that's a good thing.

Jemay: Adakah anda rasa diri anda bijak dan genius?
Ansar: Genius? Mana ada. Biasa je. Satu2nya sebab aku power akademik ialah bapak aku. Dia keje lecturer, dan dia memang sejak kecik dah suruh kitorang baca semua jenis buku (English, Malay, Maths, Science). Nanti dia tanya apa kita baca, kalau tak kena marah. Seksa sungguh. Dalam keta pun tgh2 balik kampung dia boleh borak pasal fizik keta kat jalanraya. Kau bayangkan la, aku darjah 2 dah kena belajar pasal inertia, gila head start. Kalau kitorang keluar berjalan2, wajib ikut dia singgah MPH, duk sana 2-3 jam membaca je apa2. Kalau dah buat hari2 lama terpupuklah minat untuk menimba ilmu pengetahuan. Benda2 nilah yang banyak membina knowledge base aku sampai sekarang. I owe him big time, definitely.

Jemay: Hari ini hari Rabu, Esok hari Khamis; (hah sambung pantun 4 kerat ini)
Ansar: Kalau nak makan nasi kerabu, jangan lupa letak manggis!

Jemay: Dimanakah anda nampak diri anda dalam masa 2 tahun dari sekarang?dan 10 tahun akan datang?
Ansar: 2 tahun, insyaallah habiskan CA qualification aku. Dah well overdue sebenarnya pun sebab aku lambat dapat keje. Hopefully aku boleh focus and finish it for good this time round. 10 tahun? Aku pun taktau, I maybe looking at a senior manager position in a company. Harap2 dgn knowledge / network yang terkumpul I can be in the best position to use all my skills.

Jemay: Bape lame lagi anda nak lepak kat Ozi?
Ansar: Maybe till adik aku graduate. End 2010 thereabouts. See how we go. Apa2 pun, I will miss this place heaps.

Jemay: Haa ni soklan yang aku asyik tertanye2 diri aku, agak misteri...camne ko bley tido dgn cepat skali? cam kalau pc ko tekan shut down button dia akan analys dulu and take a few minute, tapi ko cam terus tiiiiiiiioooooon kronnngg kroonggg, camne tu eh?
Ansar: Aku pun taktau. Dia kalau aku dapat a certain angle + suhu yang sesuai + topik perbincangan yang sesuai (cukup bunyi + not too engaging at the same time), aku switch off la. Susah nak kata, kau tengok nanti kau tau le Jemay.


Jemay: Ape diri ko buat time ko tgh tido? study ke? revise ke? terbang ke? pelik gak memandangkan kalau bunyi kapal perang skalipon ko tetap boleh tido ngan aman damai...
Ansar: Hehe, yang tu aku pun taktau. Biasanya tido2 macam ni takde mimpi. Alih2 je dah bangun.

Jemay: Saya tahu anda sedang saving money. Untuk apa kah wang wang tersebut kalau anda sudi berkongsi cerita dan kongsi wang pon ok gak.
Ansar: At the moment, menyimpan untuk benda2 biasalah macam 1) Keta 2) Naik pelamin and 3) Rumah. Apa2 duit lebih, aku sumbat dalam ASB, for me that's the best investment vehicle ever. Kau takkan rugi, kau takkan kena cukai, kau boleh keluar duit bila2 masa dan kuota dia masih banyak tak macam ASN / ASW / ASD etc. Ideally, aku nak kumpul enough funds supaya the annual dividends boleh sara my annual expenses (basic2 around RM1500 p.m la). If I can do it I'll be looking at financial independence in 5-10 years time. Moga2 dimurahkan rezeki.

Jemay: Sbgai pemain bola profesional di ambang Queensland, apakah komen dan pendapat anda tentang percintaan Rita Rudani (37yo) dan Aidil Zafuan (21yo)? jangan ngade2 kate takde komen eh...
Ansar: Gosip artis selain Mawi ni aku mmg tak ikut langsung hehe (Ini salah satu topik yang boleh buat aku tido tak kira tempat). Apart from Rita Rudaini being an andartu lawa (nak panggil yummy mummy takde anak eh?), I know nothing else. On the surface, nampak pelik la sebab the girl is older than the guy. Tapi kalau dah betul2 suka, then silakanlah. None of my business really.

Jemay: Anda juga berbakat dari segi seni muzik, gitar dan piano dan juga keranchi..goreng piano sampai kedua kaki terangkat! kalau anda ada peluang untuk mengeluarkan album jadi artis? apa yang anda akan ubah tentang cara hidup anda sekarang?
Ansar: Benda pertama yang aku fikir is nak beli satu studio yang besar gila dan penuh dengan peralatan2 best (guitar2 hero pun kita akan letak dlm tu), pas tu ajak member2 aku jamming beramai!!! Kadang2 ajak la M Nasir jamming sama. Aku rasa no matter how successful I am as an artist pun, last2 jamming ngan member jugak paling best.

Jemay: Seorang gadis yang cantik aproach anda dengan lenggang yang ayu dan rambut cantik ditiup angin sempoi..dan berkata 'Hai~~' dgn nada manja...dan anda pula??cerite sket..
Ansar: Ya Allah Ya Tuhanku, susahnya soalan ni Ya Allah!!! Hadoi, bengkek betulla tapi aku akan jawab gak soalan ni sebab interview kau best.

1) Aku akan cakap "Hello." sambil senyum mesra dan buat2 muka super-confident. Then aku akan tunggu (sambil senyum confident walaupun by that time kepala aku dah pening2, badan dah peluh2 dingin and jantung berdegup 250km/h).

2) Kalau kiraan aku betul (Pakai logik lagi aku ni, heeyyhhh), dia akan jawab "Hello!" dengan senyuman manis kasi cair tak ingat nyer. Kalau gadis cantik tu dah approach aku in the first place, mestilah dia yang nak talk about something. So kita encourage dia.

3) Dia akan bertanya all sorts of things which include "Ansar kan? Nice to meet you", "Have we met" OR "My friends tell me about you" etc etc etc. Pompuan mmg suka bercakap, esp if she likes you. So aku dengar, while politely agreeing / nodding / asking a few questions about her in return. If sparks fly, the next thing we'll discussing is where we'll be going out!! Harap2nya begitulah endingnya.

4) On the other hand, kalau dia pun senyap, then aku start la with some safe questions to show her that she's welcomed. Get to know her more, maybe there's things shared in common. After all, the way to become interesting is to be interested about other people. Easier said than done though.

Terima kasih atas interview ini Jemay. You rock!!!!!!!!!!!!! (Sambil memegang Guitar Hero, playing "Reptilia" by the Strokes...KETAP KETAP KETAP!!!)

Monday, January 5, 2009

Quick question

Eh macamana nak tag nama org dlm facebook? Senang ke?

Saturday, January 3, 2009

My best friend's wedding - Of Luqzan and Sarah

"Ansar, do you mind being my bestman for my wedding?"

Soalan cepumas itu meng'ambush' aku tatkala aku sedang sibuk menyiapkan my month-end accounts. BESTMAN? Berat tu. Kalau nak suruh jadi LASTMAN, boleh le. Hehe, melawak kejap.

"Sure mate, that would be my honour! Tapi aku rasa baik kau mintak Hafiz / Hasfuan / Fariq, sebab diorang lagi rapat ngan kau, so sure lagi meaningful for them", ujarku.

Luqzan mengSMS kembali, "Alah, aku mintak kau ada la alasan aku yang tersendiri....Hah, boleh tak?" Haih, loyar buruk pulak mamat ni. Sambil menoleh kiri-kanan takut kena rendered, I quickly replied yes and started reflecting the last 7 years about those two close friends of mine:

Luqzan Ariff bin Mustapha Kamal



First impression? Actually aku memang dah kenal mamat ni since Form 3. I enrolled in a British Council vacation course and had the pleasure of knowing this very nice individual.

In case anyone's wondering, dia memang dah tinggi + bersuara base sejak dulu lagi, and I found him to be a very easygoing person who rarely gets angry (from my knowledge) and very dependable.

Thrives on responsibility, can work with all kinds of people and has an enormous vocabulary of music, especially Indies. Despite us initially jibbing him for liking this genre, in time we did start to warm up to some of the songs (i.e HEY!!!). Probably one of my few good friends yang minat indie. Very interesting I must say.

Been a pleasure knowing you all this while, and you have definitely made an impact in my life. Hopefully you can use your project management skills to good use in PETRONAS.

Sarah binti Kamaruddin



First day sebelum dia sampai lagii, dah dengar macam2. Keywords included "Anak Mat Saleh" and orang Sarawak. Ai, maknanya aku nak guna bahasa apa? Melayu? English? Iban? Ibanez???? Doesn't matter because in the end, she turned to be a very sweet and wonderful human being.

Sarah always tries her best to treat everyone around her nicely, and I mean really really nicely. Initially we guys tend to tease her especially her inability to pronounce "saRang", "goReng", "gaRing", even "SaRah". Get it? Kalau tak, bukan rezeki korang la hahaha. However, after a while, I stopped doing those. Don't know why, probably because she never retaliated. Tuba dibalas susu sort of stuff, definitely worked.

Loves playing the piano, an expert actually. I had the chance to learn a few songs from her, which I still play till today because I loved the tunes. Can also play the guitar, created a few songs and had a few cameos with our band for one-off performances e.g "Time after Time". Sedap gilee....

An honour to know you, and I wish you the best with your career in Melaka.

Hari Kawin - 14th December

Aku pitam gila for the last 2 days. Tak tau apasal, pelik betul. Lembik satu badan. Tgh hari tu dah fikir nak call Luqzan nak cancel, but aku tanak. Menyusahkan orang je last2 minit chow ni. So berbekalkan peppermint aromatherapy, Fisherman's friend and some Strepsils, aku dengan slow and steadynya make my to Dewan Felda Perdana. I turned out okay in the end.

Raptai (Cewah, lama tak guna word ni) started around 12-2. Went through all the procedures. Ada kompang sikit, walk up the pelamin skit, kipas2 skit, pusing kiri kanan atas bawak skit and borak2 ngan family pengantin skit. Not bad, I can do that. Also noticed that while the bridesmaid (Yasmin, Sarah's sister) attends to 101 things and scenarios, my job was pretty much confined to following Luqzan around and tolong pakaikan bow-tienya. Guys do have it easy, hahahahah. Seronok jap.

That night, alhamdulillah everything went smoothly. It helped that an event manager was appointed to oversee the whole thing. At least parents have more time to attend to their friends and get emotional about the whole thing.

For the record (should've taken pics!!!), we started with walking up the pelamin. Luqzan and I started from the right side while Sarah and her sister started from the left. We met up the middle of the hallway and walked up. We took our places, made sure the pengantins are comfortable in their seats and started 'kipasing' them. Taktau apasal, Luqzan tiba2 suruh aku kipas dia kuat sikit. Walhal time raptai dia kata sejuk, ahahahah. Must be the crowd, mmg panas pun malam tu.

Kemudian, ia diikuti bunga rampai dan renjisan air mawar. Bukan diorang je kena, in fact aku2 sekali pun kena 2-3 das bunga rampai itu. "Hah, kamu cepat2 le kawin ye?" Tanya salah seorang perenjis, probably one of Luqzan / Sarah's bosses. Heh, aku pulak kena. Thanks lah tapi. Both families from their sides came up to bless the couple, and it was good to see them giving valuable advice for the future.

Diikuti dengan makan. Time tu la aku lepak semeja ngan semua budak2 Brissie and member2 lama PETRONAS aku. Caught up on a lot of things, was really happy to see them all in good health. Heheh, miss the old days sometimes but hey, we do move on I guess. And then naik ke pelamin balik for the cake-cutting ceremony, a few more formalities after that and it's all over!!!!!

An awesome day for me, and a very very special day for them. Congratulations guys. Aku doakan agar perkahwinan korang kekal hingga akhir hayat, dan diberkati Allah. Funny that, my first bestman assignment was such that aku bukan saja kenal pihak lelaki, malah kenal pihak perempuan. In fact, bukan saja kenal biasa malah kenal rapat. Definitely went a long way in making everything easier.

Final picture from the wedding, hope you enjoy it!

Tuesday, December 30, 2008

Backdated entries: Raya 2008

Best ever Raya!!

1) After solat raya: Saufi, Fazrin, Abu, Me, Afif, Johan, Anhar, Zaiful, Ridzuan, Hazri.



2) Me and my brother, Abu. I can't stress enough his priceless ability to tell jokes and short stories. Keeps my serious and lone-ranger character in check. Vital stuff. You rock bro.



3) Lepas solat raya lagi

Dari kiri (Berdiri): Fariz, Joghos, Zaiful, Mango, Apit, Baloo, Katek, Rakim, Fazren, Jejaka Usrah, Faris, Rahim, Jejaka Songkok, Abu, Soul, Malik, Ji (Hidden) , Jo, Arepbayor, Jejaka Raymos.

Dari kiri (Duduk): Dan, Me, Syed, Faiz, Tanpa Nama (Hidden)

Depan: Mat Rock.

Hujung Kanan: Mat Selit (nak menyelit masuk gambar)



4) Beraya rumah Abg Sharizal - Ika, Apit, Aiza, Aku (Hidden), Mango, Anas, Abu, Fariz



5) Beraya rumah En Wan MAS: Abu, Fadil, Apek, Fehi, Ami, Jejaka Toleh Kanan, Zara, Amy



6) Gadis-gadis Brisbane (Damn, memang aku tak kenal 1/2 of them la ni). Hoh, semua lawa2, tunggu apa lagi?

Berdiri dari kiri: Intan, Tasia, Gadis Biru, Jerry, Gadis Pink, Ika, Zu, Aiza, Gadis Ungu, Gadis Berbaju Hitam, Gadis Ungu 2, Gadis Pink 2, Ami, Gadis Biru Muda, Gadis Biru Tua Sikit, Gadis Putih.

Duduk dari kiri: Denise, Amy, Gadis Filipino, Zara, Dila



7) Open house raya MASCA, i.e Hari Melantak. Beribu2 lemon, tak caya usha gambar bawah.



8) Tgh serve makanan kat segerombolan manusia. Aku dengan semangatnya bergotong-royong sementara tetamu2 di atas bergotong-boyot.

Aku, Alan, Baloo, Apek, Faiz, Jejaka Kamera.



9) Setelah beberapa jam menjadi "Pakcik Dining Hall", aku lepak join bebudak makan. Good to see many friendly faces.

From left: Ika, Me, Zara, Tasia, Anas, Jerry, Amy



10) Bergambar kat luar pulaak...

Blkg: Mango, Ika, Aiza, Amy, Luqman, Alun, Faiz
Depan: Jerry, Zara, Aku, Tasia, Mat Rocks!, Abu



11) Geng2 lelaki Brisbane di open house yang sama

Left to Right: Abu, Haze, Mango, Rocks, Umar, Me, Anas, Sunglass Man, Aziz, Zul.



12) Habis!!!!!! Clean up after open house over.

Back: Baloo, Diyana, Bin, Azalea, Cik Tie, Azrina, Katek
Front: Karen, Apek, Umar, Johan, Aku, Smiley Guy.



JUMBALIKKKAAA!!!!!!!!!

Mati hidup semula

Assalamualaikum,

HOI HOI HOI!!!! I'm back!!!!!!

Terlebih dahulu ampun2 beribu2 ampun, sembah patik harap diampun. For the last 4 months, I've been really busy with work / study / survival in this country that is now Brisbane.

Plan asalnya is nak letak gambar2 raya, tapi aku sempat2 nak upload gambar to my laptop. Tu yang kasi delay sikit tuh. But insyaallah, jika tiada aral melintang, I will definitely do my best to keep you guys informed of what I'm up to.

Hehe, got some catch-up entries to do.

Ans

Friday, September 12, 2008

Peringatan part 2

Just sharing: The always reliable ayat kursi. Easy to practice, but heaps of benefits

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....'

'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'

Subhanallah.

Friday, September 5, 2008

Peringatan ringkas di bulan Ramadhan - petikan

Article talks about qiamullail i.e bangun kol 3-4 pagi untuk solat, which is very beneficial but hard to do. Slightly edited to make it easier to read.

Hopefully time Ramadan nih bolehlah diamalkan banyak skit, moga2 kita semua akan dapat yang terbaik daripada Allah s.w.t

Tahajud bina kekuatan jiwa, peribadi unggul

Oleh Masmawi Abdullah

FIRMAN Allah bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

Umat Islam dianjur melaksanakan qiamullail (tahajud) pada bahagian akhir malam sebagai manifestasi kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat-Nya yang begitu banyak dikurniakan kepada kita. Sesungguhnya solat pada akhir malam akan melahirkan kekuatan jiwa, memperkukuhkan keinginan dan azam untuk patuh serta taat kepada Allah.

Beribadat dan bermunajat kepada Allah pada malam hari, di kala insan lain sudah lama nyenyak dibuai mimpi indah. Ia suatu gambaran keikhlasan kepada Allah dan seterusnya membebaskan diri dari sifat riak yang boleh membakar seluruh amalan kebajikan.

Bermunajat dengan melaksanakan tahajud pada malam hari mengecewakan syaitan yang tidak jemu menggoda dengan pelbagai bisikan dan mendodoi manusia supaya terus lena hingga ke pagi hari.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Ketika kamu tidur, maka datanglah syaitan dengan mengikat ubun-ubunmu dengan tiga ikatan. Dan apabila ia terjaga dengan menyebut nama Allah, maka terlepaslah satu ikatan, jika ia terus berwuduk maka terlepaslah ikatan kedua, kemudian apabila diikuti dengan solat Qiamullail, maka terlepaslah ikatan yang ketiga dan pada waktu pagi berada dalam keadaan segar dan giat, jika tidak berbuat demikian, maka akan kencinglah syaitan dalam kedua-dua telinganya.” (A-Misykuh)

Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan kita berhati-hati supaya tidak diperdayakan syaitan laknatullah, jiwa yang tergoda dengan syaitan akan timbul sifat malas untuk melaksanakan ibadat, hati menjadi keras dan liat untuk mendengar serta mendekati ilmu keagamaan.

Daripada Ibnu Mas’ud katanya,

“Sudah disebut perihal lelaki di hadapan Nabi SAW. Katanya, lelaki itu berterusan tidur hingga subuh dan tidak bangun sembahyang lalu Nabi bersabda: “Sesungguhnya lelaki itu dikencing oleh syaitan di dalam telinganya.” (Hadis riwayat Syaikhan dan an-Nasa’i)

Oleh demikian, menghidupkan malam hari dengan bertahajud dan bermunajat kepada Allah akan mendapat kasih sayang dari Allah dan kasih sayang Allah itu terpancar dari-Nya melalui sikap serta tindakannya.

Segala sikap dan tindakannya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah, yang seterusnya orang lain pula apabila melihatnya akan timbul perasan kasih dan hormat akibat pancaran kasih sayang Allah kepadanya.

Firman Allah bermaksud:

“Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempat kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami. Dan bertasbihlah menemui Tuhanmu semasa engkau bangun. Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepada-Nya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh)”. (Surah al-Thur, ayat 48-49)

Allah menyediakan banyak pengurniaan-Nya terhadap orang yang sanggup menukar tempat tidur dan masa istirehatnya, tilam yang empuk, bangun dalam kesejukan untuk bersuci dan terus beribadah kepada Allah, dijanjikan kedudukan yang terpuji baik di dunia mahupun akhirat.

Sejarah lampau membuktikan bahawa Salahuddin Al-Ayubi seorang pemimpin tentera Islam dalam peperangan Salib hanya memilih orang yang mengerjakan qiamullail untuk bertempur di medan peperangan kerana mereka ini memiliki kekuatan jiwa dan keteguhan peribadi yang tinggi. Hasilnya, pihak Islam menang dalam peperangan itu.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW menjelaskan bahawa barang siapa bersolat pada malam hari dengan sanggup bersengkang mata melaksanakan solat tahajud, Allah akan memberi sembilan kurniaan kepadanya. Lima kurniaan di dunia dan empat lagi di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW, daripada Umar bin al-Khattab yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan solat malam, dan dia membangunkan solat, maka Allah memuliakan dia dengan sembilan perkara: Lima perkara di dunia dan yang empat lagi di akhirat.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menyahut tawaran Allah untuk bangun menunaikan qiamullail iaitu ganjarannya terlalu besar nilainya, lebih besar dan bernilai dari dunia ini dan segala isinya. Janganlah sampai ayam yang tidak berakal itu lebih pintar dan lebih baik daripada kita. Seperti nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, janganlah engkau tidur di kala ayam jantan berkokok pada waktu fajar.”

INFO
9 kemuliaan solat Tahajud

1- Dia dijaga oleh Allah daripada beberapa bencana.

2- Berkat ketaatannya, akan nampak pada wajahnya.

3- Dia disukai oleh hamba Allah yang soleh dan oleh semua manusia.

4- Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.

5- Diberi cepat mengerti dan mendapat ilmu pengetahuan.

6- Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri.

7- Diringankan hisabnya.

8- Melalui titian siratul mustaqim bagaikan kilat yang menyambar.

9- Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat.
(Raudhatul Ulama).