Monday, June 30, 2008

When they come of age...

1-0.

Well done Spain. Awesome achievement, pegi keje pun tersengih2. Enough said. Now moving on to MASCA!

P.S - Sorry for the delayed post. I promised someone that I wouldn't post final results till the day after.

Saturday, June 28, 2008

What a nice day eh?

My day in a nutshell:

Woke up. Went to work, to prepare ahead for end of financial year. Spent half a day updating fixed asset registers for 2 Small and Medium sized entities. Had a good chat with workmates about plans for weekend, listened to music while wearing sports clothes to work. It is Saturday after all :)

Gi rumah Rahmat (member a.k.a fitness trainer), dia buat makan2. Orang lapar disorongkan nasi ayam dan mi goreng berempah, mmmppphhh!!!!! Cam biasa gunakan taktik buat2 malu, akhirnya end up menghentam 3 pinggan, abih tu banyak, kang tak habis kang membazeer....

Training bola petang tadi. Nice session, bit of defending, bit of attacking, bit of technicals here and there, try to make sure no one gets silly injuries before game. Had a good spar with the Indons, attack looked impressive but not too testing, since everyone's holding back on their tackles. Kalau main Football Manager, tackling mode = EASY.

La ni nak cari dinner, tapi tak ingat mana aku letak wallet. Nak kena cari ah ni. Maybe finish the night watching Wimbledon, competition getting interesting since Sharapova, Ivanovic and Djokovic crashed out. Good night guys, thanks for reading.

You guys rock, love you guys heaps!!!!

Friday, June 27, 2008

Worst Friday night ever

Nak tengok movie, takde movie best. Last2 kena layan "My best friend's wedding". My Best Friend's Wedding??????? Takde cite lain ke???? Sb please hit me with a hammer right now.

Nak tgk Wimbledon (Nana / Baloo / Ji - Federer menang kan?), delayed sampai lambat gila last2 aku tido.

Nak buat hot choc, marshmallow lak habis, demm...dahlah aku tak budget bebudak nak lepak rumah kalau tak aku beli banyak skit donut.

Akhir sekali, sebab takde sports nak tgk sgt kena layan some dumb "Irish hurling" game, ala-ala AFL yang menggabungkan bola, ragbi, basketball, handball dan lari membawa telur dalam sudu - sumpah aku nampak diorang bawak sudu main game nih. Siap boleh curi sudu opponent lagi!!! Dahlah diorang main stok serius gila, pas tu siap stadium penuh crowd lagi! Bodohnya, tengok game 20 mins rasa macam 2 hours.

On a positive note, thanks guys dtg rumah aku layan lawak2 sengal beramai2. Tergelak2 aku sampai tgh malam. You guys rock!!


P.S - Mat Pin - Aku tau skill fancy yang paling basic tuh apa...kahkahkah, kelako2, credit to amar ah ni...ada2 je idea mamat tu.

Sedap!!

Yahoo!!! Semalam aku pegi city beli Krispy Kreme!! Tiba-tiba dapat 1 biji donut free!! Argh argh best gila!!! Chocolate flavour!! Wooooohoooo!!!!!!!!!!

Ahhhhhhhhhhh..........tenang kembali seperti sediakala. Must be the sugar.

Thursday, June 26, 2008

Spain 3 Russia 0

Lawalah!!!

Semi-final

Jerman 3 (S'Steiger, Klose, Lahm) - Turki 2 (Boral, Senturk)

Spain - Russia -----> Woohooihooi, sengit nih. Come on Spain, penat sokong game Itali hari tu tak habis, skang kena sokong semi lak. Gila intense

Monday, June 23, 2008

Correspondence Part 2



- Team Effort -

Pasukan Bolasepak Sepanyol,
Bilik 14, Blok Mozart,
Perkampungan Sukan Ernst-Happel,
Daerah Vienna,
35000 AUSTRIA

U.P - Encik Iker Casillas dan rakan-rakan

Selamat sejahtera,

Apa khabar saudara di sana? Harap-harapnya sihat walafiatlah, kami sekeluarga mengirimkan salam sayang kepada seluruh komuniti pemain di sana.

Tempoh hari, saya ada mengutus surat kepada adinda Villa mengucapkan tahniah, kini saya bertujuan sama, khususnya kepada saudara dan mereka yang lain. Tanpa usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi, pastinya kita tidak akan mencapai kedudukan istimewa sebegini.

1) Prolog

Saudara,

Harus diakui, mengalahkan pasukan Biru itu amat sukar. Dari mata kasar, mereka kelihatan lemah dan corot dalam pusingan awal. Namun, mereka terkenal dengan tabiat menggagahkan diri mereka pada detik-detik penting. Sesungguhnya, Biru akan melakukan apa yang cukup untuk menang, tanpa mengira cantik tak cantiknya kaedah itu. Berbeza dengan kita. Mencintai kesenian, justeru tersedak di saat-saat kritikal.

Biru mungkin pincang bakat, namun kelemahan itu mereka tutup dengan pertahanan yang kebal, bergelut keras dan mental yang amat kuat. Sentiasa berjaya menghancurkan kesabaran kita serta menghasilkan mentaliti bahawa kemenangan adalah mustahil. Dengan itu, kita meletup sendiri.

2) Jalan Kemenangan

Menewaskan musuh sebegini? Bisa, namun hanya satu jalan. Fokus setiap detik. Cabar setiap bola. Sabar, dan terus mencipta peluang sedikit demi sedikit. Pegang bola sebanyak mungkin. Paling penting bertahan dengan penuh kerajinan. Itulah kaedah yang telah kita gunakan, dan kita berjaya.

Harus diakui, takdir menyebelahi kita kerana ketiadaan (1) Si Biadab Pirlo dengan hantaran mautnya serta (2) Si Kerbau Gattuso yang sentiasa berniat ikhlas menghancurkan kaki-kaki kerdil para pemain kita. Namun dari pihak kita, kita lebih berusaha keras dan lebih laparkan kemenangan. Ini dimanifestasikan oleh jasa saudara menyelamatkan rembatan Si Jawa Camoranesi (a.k.a Wak Parjo Imam Besar Masjid Jakarta). Paling terbaik. Mereka juga mengerahkan Si Musang Tua Piero, tetapi tiada hasil. Akhirnya, kita seri 0-0 dan menuju penalti. Mimpi ngeri mengalahkan Freddy Kruger menjenguk kembali.

Tetapi, kita berjaya bertarung ke titisan darah terakhir. Jasa saudara menepis keluar dua peluru Biru membikin gila seantero Sepanyol. Dan pada saat adinda Fabregas meleretkan penalti pertama seumur hidupnya ke sebelah kanan, jeritan kemenangan berkumandang di udara. Sebuah bebanan lenyap dengan tiba-tiba. Sebuah batu dalam kepala kita, perlahan-lahan merekah, menghakis dan menjadi debu-debu halus, lalu hilang ditiup angin. Badi 88 tahun sudah tamat.

3) Epilog

Seperti yang saudara maklum, kemenangan sebegini pasti bikin sakit mata penyokong-penyokong neutral. Bosan, tiada seni dan tiada gol. Saya setuju. Namun dalam konteks ini, ia jauh lebih indah berbanding kemenangan 4-1 Russia tempoh hari. Saya lihat kesungguhan saudara sekalian bertarung. Pertahanan hebat penuh fokus sehingga tamat. Cubaan menghasilkan peluang dari serata padang. Paling penting, sabar dan sentiasa yakin bahawa kemenangan mutlak adalah milik orang yang berusaha. Jangan lupa faktor nasib, mungkin selama ini berpihak kepada Biru, barangkali sudah tiba masanya ia bertukar tangan kepada Merah.

Russia di separuh akhir? Itu kita fikir kemudian. Untuk masa ini, nikmatilah kejayaan manis ini dengan puas. Kemudian mulakanlah hari esok berbekalkan dada yang lapang. Sampaikan salam sayang saya kepada para pemain. Beritahu Tuk Nyang Aragones, jaga kesihatan tu sikit. Darah tinggi nanti. Balik kampung raya nanti saya singgah la makan ketupat pulut.

P.S - Tiba-tiba rasa ingin makan masakan Sepanyol...