Monday, June 30, 2008

When they come of age...

1-0.

Well done Spain. Awesome achievement, pegi keje pun tersengih2. Enough said. Now moving on to MASCA!

P.S - Sorry for the delayed post. I promised someone that I wouldn't post final results till the day after.

Saturday, June 28, 2008

What a nice day eh?

My day in a nutshell:

Woke up. Went to work, to prepare ahead for end of financial year. Spent half a day updating fixed asset registers for 2 Small and Medium sized entities. Had a good chat with workmates about plans for weekend, listened to music while wearing sports clothes to work. It is Saturday after all :)

Gi rumah Rahmat (member a.k.a fitness trainer), dia buat makan2. Orang lapar disorongkan nasi ayam dan mi goreng berempah, mmmppphhh!!!!! Cam biasa gunakan taktik buat2 malu, akhirnya end up menghentam 3 pinggan, abih tu banyak, kang tak habis kang membazeer....

Training bola petang tadi. Nice session, bit of defending, bit of attacking, bit of technicals here and there, try to make sure no one gets silly injuries before game. Had a good spar with the Indons, attack looked impressive but not too testing, since everyone's holding back on their tackles. Kalau main Football Manager, tackling mode = EASY.

La ni nak cari dinner, tapi tak ingat mana aku letak wallet. Nak kena cari ah ni. Maybe finish the night watching Wimbledon, competition getting interesting since Sharapova, Ivanovic and Djokovic crashed out. Good night guys, thanks for reading.

You guys rock, love you guys heaps!!!!

Friday, June 27, 2008

Worst Friday night ever

Nak tengok movie, takde movie best. Last2 kena layan "My best friend's wedding". My Best Friend's Wedding??????? Takde cite lain ke???? Sb please hit me with a hammer right now.

Nak tgk Wimbledon (Nana / Baloo / Ji - Federer menang kan?), delayed sampai lambat gila last2 aku tido.

Nak buat hot choc, marshmallow lak habis, demm...dahlah aku tak budget bebudak nak lepak rumah kalau tak aku beli banyak skit donut.

Akhir sekali, sebab takde sports nak tgk sgt kena layan some dumb "Irish hurling" game, ala-ala AFL yang menggabungkan bola, ragbi, basketball, handball dan lari membawa telur dalam sudu - sumpah aku nampak diorang bawak sudu main game nih. Siap boleh curi sudu opponent lagi!!! Dahlah diorang main stok serius gila, pas tu siap stadium penuh crowd lagi! Bodohnya, tengok game 20 mins rasa macam 2 hours.

On a positive note, thanks guys dtg rumah aku layan lawak2 sengal beramai2. Tergelak2 aku sampai tgh malam. You guys rock!!


P.S - Mat Pin - Aku tau skill fancy yang paling basic tuh apa...kahkahkah, kelako2, credit to amar ah ni...ada2 je idea mamat tu.

Sedap!!

Yahoo!!! Semalam aku pegi city beli Krispy Kreme!! Tiba-tiba dapat 1 biji donut free!! Argh argh best gila!!! Chocolate flavour!! Wooooohoooo!!!!!!!!!!

Ahhhhhhhhhhh..........tenang kembali seperti sediakala. Must be the sugar.

Thursday, June 26, 2008

Spain 3 Russia 0

Lawalah!!!

Semi-final

Jerman 3 (S'Steiger, Klose, Lahm) - Turki 2 (Boral, Senturk)

Spain - Russia -----> Woohooihooi, sengit nih. Come on Spain, penat sokong game Itali hari tu tak habis, skang kena sokong semi lak. Gila intense

Monday, June 23, 2008

Correspondence Part 2



- Team Effort -

Pasukan Bolasepak Sepanyol,
Bilik 14, Blok Mozart,
Perkampungan Sukan Ernst-Happel,
Daerah Vienna,
35000 AUSTRIA

U.P - Encik Iker Casillas dan rakan-rakan

Selamat sejahtera,

Apa khabar saudara di sana? Harap-harapnya sihat walafiatlah, kami sekeluarga mengirimkan salam sayang kepada seluruh komuniti pemain di sana.

Tempoh hari, saya ada mengutus surat kepada adinda Villa mengucapkan tahniah, kini saya bertujuan sama, khususnya kepada saudara dan mereka yang lain. Tanpa usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi, pastinya kita tidak akan mencapai kedudukan istimewa sebegini.

1) Prolog

Saudara,

Harus diakui, mengalahkan pasukan Biru itu amat sukar. Dari mata kasar, mereka kelihatan lemah dan corot dalam pusingan awal. Namun, mereka terkenal dengan tabiat menggagahkan diri mereka pada detik-detik penting. Sesungguhnya, Biru akan melakukan apa yang cukup untuk menang, tanpa mengira cantik tak cantiknya kaedah itu. Berbeza dengan kita. Mencintai kesenian, justeru tersedak di saat-saat kritikal.

Biru mungkin pincang bakat, namun kelemahan itu mereka tutup dengan pertahanan yang kebal, bergelut keras dan mental yang amat kuat. Sentiasa berjaya menghancurkan kesabaran kita serta menghasilkan mentaliti bahawa kemenangan adalah mustahil. Dengan itu, kita meletup sendiri.

2) Jalan Kemenangan

Menewaskan musuh sebegini? Bisa, namun hanya satu jalan. Fokus setiap detik. Cabar setiap bola. Sabar, dan terus mencipta peluang sedikit demi sedikit. Pegang bola sebanyak mungkin. Paling penting bertahan dengan penuh kerajinan. Itulah kaedah yang telah kita gunakan, dan kita berjaya.

Harus diakui, takdir menyebelahi kita kerana ketiadaan (1) Si Biadab Pirlo dengan hantaran mautnya serta (2) Si Kerbau Gattuso yang sentiasa berniat ikhlas menghancurkan kaki-kaki kerdil para pemain kita. Namun dari pihak kita, kita lebih berusaha keras dan lebih laparkan kemenangan. Ini dimanifestasikan oleh jasa saudara menyelamatkan rembatan Si Jawa Camoranesi (a.k.a Wak Parjo Imam Besar Masjid Jakarta). Paling terbaik. Mereka juga mengerahkan Si Musang Tua Piero, tetapi tiada hasil. Akhirnya, kita seri 0-0 dan menuju penalti. Mimpi ngeri mengalahkan Freddy Kruger menjenguk kembali.

Tetapi, kita berjaya bertarung ke titisan darah terakhir. Jasa saudara menepis keluar dua peluru Biru membikin gila seantero Sepanyol. Dan pada saat adinda Fabregas meleretkan penalti pertama seumur hidupnya ke sebelah kanan, jeritan kemenangan berkumandang di udara. Sebuah bebanan lenyap dengan tiba-tiba. Sebuah batu dalam kepala kita, perlahan-lahan merekah, menghakis dan menjadi debu-debu halus, lalu hilang ditiup angin. Badi 88 tahun sudah tamat.

3) Epilog

Seperti yang saudara maklum, kemenangan sebegini pasti bikin sakit mata penyokong-penyokong neutral. Bosan, tiada seni dan tiada gol. Saya setuju. Namun dalam konteks ini, ia jauh lebih indah berbanding kemenangan 4-1 Russia tempoh hari. Saya lihat kesungguhan saudara sekalian bertarung. Pertahanan hebat penuh fokus sehingga tamat. Cubaan menghasilkan peluang dari serata padang. Paling penting, sabar dan sentiasa yakin bahawa kemenangan mutlak adalah milik orang yang berusaha. Jangan lupa faktor nasib, mungkin selama ini berpihak kepada Biru, barangkali sudah tiba masanya ia bertukar tangan kepada Merah.

Russia di separuh akhir? Itu kita fikir kemudian. Untuk masa ini, nikmatilah kejayaan manis ini dengan puas. Kemudian mulakanlah hari esok berbekalkan dada yang lapang. Sampaikan salam sayang saya kepada para pemain. Beritahu Tuk Nyang Aragones, jaga kesihatan tu sikit. Darah tinggi nanti. Balik kampung raya nanti saya singgah la makan ketupat pulut.

P.S - Tiba-tiba rasa ingin makan masakan Sepanyol...

Saturday, June 21, 2008

0 out of 3

Holland kalah?? Demmm....tak disangka2, tapi memang Russia main bagus gila. Created chances, took the attack to the Dutch and deservedly won the match. Vote Arshavin as MOM, his presence definitely injected much-needed inspiration into the Russians. Van Der Sar did well to save heaps, but the Russians' sustained pressure wins out in the end. Great match, great match.



- Hero Negara Rusia, Mr Andrei Arshavin (Gambar hak milik bbc.co.uk)-

So far, aku predict Portugal (kalah!!), Croatia (kalah lagi...), and Holland (kalah ajaib!!!)

Only one left, Spain. Adakah Torres and Co akan menumpaskan Italians-Italians itu? Atau adakah Itali akan meng'catenaccio'kan diorang sampai mati instead? What a cracking game we're gonna have. Come on Spain, come on Spain!!! (Menggenggam erat kedua2 buku lima)

Friday, June 20, 2008

Uish!!!

Turkey macho gila! Salah teka lagi, dammit..

Thursday, June 19, 2008

Housemateku balik Ahad ni

Crap.

Apparently dia balik Malaysia sat, pegi jenguk2 adik dia kat sana.

So I'm gonna be alone for week. Fuh, sangap!!! (Not that I talk that much to my housemate anyway, but it's always nice to see someone else at home).

That's cool though. I've got work, studies , football training and Euro to keep me occupied. Then life should be back to normal. And then, MASCA!!!!!!!!!! Let the games begin!!!!

Euro Quarter-final

Portugal vs Jerman (Jerman 3-1, budget Portugal)
Croatia vs Turkey (Budget Croatia)
Holland vs Russia (Budget Holland)
Spain vs Italy (Budget Spain, kenapa oh kenapa lah kena jumpa team housemate aku awal2)

So far 0 out of 1 right. How will the rest of them pan out eh?

Tuesday, June 17, 2008

Tribute buat dua member ku

Remember my last post, "Insane"? Alah, entry where mailbox aku dihantam jemputan kahwin member2 aku tuh. Dua tiga menjak nih, kena hantam lagi. Setiap kali kena, tiap kali tu lah aku akan 1) mengucapkan tahniah sebab berumahtangga AND 2) mintak maaf sebab tak dapat dtg. Bugger.

Recently, another two of my friends (the very same people who once upon a time wouldn't even give two hoots about talking to girls, let alone bercintan2) have gone to the next level. So I think it would be nice to do a short tribute about them, since we used to be the greatest of mates.

Weih, btw member2 yg lain tuh pun best gak, tapi aku dah delete semua jemputan so aku dah lost track who marries when. Anyway here goes:

1) Mohd Firdaus bin Mahmud (Maos) - Budak Rumah Biru!!

Pandai gila dan alim gila. Orang Pahang, area Muadzam, first time jumpa dia time kelas 1R, selalu konfius muka dia ngan Mat Pin. (Biasalah, dulu aku nerd so selalu sgt konfius2 nih). Senyap tak banyak cakap, very softspoken guy. Eventually tinggal satu dorm ngan dia lagi time end of F1. Mamat ni amatlah pengemas, katil sentiasa tegang tahap baling bola hoki boleh lantun punya. Kalau katil dia kantoi inspection, anggaplah katil korang2 semua pun akan kantoi sama.

Tak suka merapu / mengutuk, tapi boleh layan gelak gila2 nya kalau budak2 start buat lawak2 bangang diorang. Kalau study tuh mesti top 10 jek, and also a great sprinter. Lari macam angin kencang, mengalahkan ribut Greg! Been my classmate for 5 years, so aku mmg tahu sgt hati budi dia.

Last time aku dgr cite dia kat UTP. Alih2 dapat kad. What the??? But then, I'm very2 happy for his marriage and hope it will stand the test of time. Good luck.

2) Tajul Ariffin bin Norizan (Tajul) - Budak Black

Budak nasyid, alim dan suka menyanyi. Very artistic as well, kalau bab menghias kelas / melukis poster / menambah kerawang entahapapatah tu dia lah yg selalu buat. (Aku ada tolong skit2 tapi jadi buruk gila, baik kasi dia je la..) Tu pun budak pandai yang baik gak, tapi macam biasa kalau bebudak2 buat lawak2 bahan diorang dia pun mesti join gelak sama, kadang2 siap tambah lagi!! Great guy, kalau lepak ngan dia mesti keluar 1-2 line dakwah nyer kan, huh, keinsafan..

Sukan pun main gak, terer dia main hoki tu. What an all-rounder.

Lepas SPM, dia sambung study German under PPP rasanya. Eloklah tu, bolehla dakwah org German belah sana lak. Dia, Tuah, Digun semua satu batch la tu. La ni, tak tau apa cita, pejam celik dpt kad jugak. So, again tahniah kepada Tajul, moga2 dicucuri limpah kurnia rahmat sampai bila2, amin.

They are awesome people, and I can only wish for happiness and enlightenment to be upon them till the last of their days. Amin...

Monday, June 16, 2008

Gila-gila remaja

Czech Republic's 2 goals - Predictable gila
Turkey's 2nd half fightback - Touching gila
Cech's 87 min clanger - Mangkuk gila
Nihat's winner - Macho gila

Last but not least, me not getting up for that match - Rugi gila!!!

Saturday, June 14, 2008

Nice job

Saudara David Villa,
No 9, Lot 135 Felda Zorro,
43650 Villareal,
SEPANYOL.

Ke hadapan saudara Villa yang berada di sana, semoga saudara sentiasa sihat sejahtera dan gembira selalu.

Saudara Villa,

Warkah ini sekadar bertanya khabar dan berterima kasih kepada saudara kerana menghidupkan harapan kami di saat-saat akhir, tika kegagalan kian hampir. Bagaikan guruh berdentum-dentum jeritan seantero rakyat dengan jasa saudara.

Semoga saudara terus bertempur gigih untuk masa-masa akan datang. Ingatlah Villa, sesungguhnya usaha tangga kejayaan. Minta diri dulu.

P.S - Sampaikan salam saya kepada kekanda Torres sekali ya? Rindukan orang-orang kampung di tanahair Ulu Sepanyol Hilir.

Friday, June 13, 2008

Malam ini

Sabtu - Dutch yang rajin vs France yang tua - Go Dutch!
Ahad - Spain yang power vs Sweden yang stable - Go Spain!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 10, 2008

Sengihan Sepanyol




- Muka orang2 menang, courtesy of soccernet.com -

Tersengih2 aku menyaksikan si Villa dan si Torres memporak-perandakan defence formation Russia malam tadi. Aided by the masterful passing display of Xavi, Iniesta and Fabregas, the strikers are assured of constantly having the bullets to work with.

Cantik. Sungguh cantik. Complemented by Puyol and Co at the back, they were as devastating as a high-voltage taser gun, powerless to defend against. 4-1 is an accurate score to reflect the game. Russia did nothing wrong, they just lacked the class which became the pivotal factor in the end.

Concerns? Atm defense je lah, they did let in a late goal. Lacked just that liiiiiiiiittle bit of authority compared to e.g the Dutch (Tu pun masterclass jugak tu). No worries for firepower and imagination, just question marks on ability to soak up pressure from the likes of Germany, Holland and the gang. Pretty? Yes. Effective? TBC.
Summary: Gol demi gol

1-0: Through sampai Torres, tepi-tgh ngan Villa. Winning Eleven stuff.
2-0: Iniesta mencucuk antara 2-3 defenders, lalu Villa meng'ole' keeper.
3-0: Fabregas through cun gila kepada Villa, dribbles past the lastman and the rest is history.
3-1: From a corner, a flicked header was reheaded strongly by Pavlyuchenko.
4-1: Villa chip baik punya, Xavi shoot tapi ditampan ke atas, however Fabregas was there to mop it up, siap diving header lagi.
On with Greece and Sweden!

Friday, June 6, 2008

Macgyver is awesome!!



HEROKU: MACGYVER

Guess what? When my family came lst time they got me a set of Macgyver series!! Season 1 to 5!!!! Bestnya!!

That guy has got to be my best hero ever, best invention since the wheel I reckon. I mean kalau korang tgk cerita2 moden sekarang semua pasal Forensic Investigation lah, Lawyers lah, Police lah.
Padahal this guy sempoi jek menyettlekan life-death situations with everyday equipments, and a great level of applied common sense. Respect gila:

Tak percaya? I end this entry by giving you situations where you need to solve these problems. See if you got a bit of Macgyver in you.

1) You are equipped with a binoculars (normal not fancy) and a pack of ciggys. Use that to get through a laser-filled room.

2) You have several bars of chocolate. Use that to fix a leaking tank containing concentrated sulfurik acid.

3) You're at a high-security complex guarded by many soldiers going in and out the main door. The door has a code, but you can't get anywhere within 100 metres to spy it, due to tight security. You have nothing but a newspaper, a watch and a magnifying glass. Solve the problem.

4) Last one, I like this one heaps. You're on the edge of a mountain cliff and there's nowhere else to run from a bunch of angry Central Asians. Invent a mini-rocket thruster when all you have is a gun, so you can launch yourself and parachute to safety.

I rest my case

Wednesday, June 4, 2008

Weird of the week

- Mimpi 1: Apit buat blog!!! Cerita pasal pasukan bolasepak Kuala Lumpur. What th???
- Mimpi 2: Tiba2 aku ada dalam bilik pas tu reunion ngan Haris, Tupak, Shikin, Fariq, Amar, Pin, Bijan, Hasfuan, Nurul ngan sapa2 tah lagi...huh, pelik2

Well, at least one of them made sense. Tupak dtg Brissie Sabtu nih, lepak sampai Rabu. Azman (Cloncurrian - pegi tgk blog dia weih...!) sampai esok malam. Huh, nice little reunion we got here.

Gambar (lamanya nak upload!!!)

Atas permintaan ramai...Aku bukan tanak upload, tapi aku tak reti...

Sapa boleh ajar aku upload gambar handphone to lappie, korang memang kacak / lawa. Cheers!!



Me, Mum, and Juju @ Inala (Kampung Vietnam - Pham Thanh Mhoe Tinhhh!!!!!)



My brother, Abu memodelkan jersi pasukan bolasepak QLD



Ali, budak paling kecik dlm family

Back with a vengeance

Ahhhhhh, lega pun dapat tulis balik dlm log nih, for some reason selama nih aku asyik kena kick keluar aje, but now i'm back, alhamdulillah, so start the frying pan!! Kita mahu frying!!!

Ok, where do I start? Banyak nak catchup nih, cewah macam borak ngan member lama tka jumpa jek, padahal cakap dgn diri sendiri. Mmmm, ok got it...

Family aku selamat sampai malaysia isnin pagi keesokannya. Alhamdulillah, good to hear that, and good to know they really enjoyed their stay in Brissie for a week. Dengan berbekalkan sebiji refedex, sebuah kereta sewa hyundai accent and a sense of adventure, aku bawak diorang bejalan merata explore habis the whole brisbane area. Mt Coottha, Glasshouse Mountains, Ipswich, Toowomba, Sunshine Coast, Museum, Sciencentre, Art Gallery, Citycat. By end of week, aku dah pancit membawa ke sana ke mari but I felt really happy to be of service. Mum was smiling all the time, so I smile too. Simple as that.

Dahla tu, asal aku balik keje jek minggu tu, bukak2 pintu sudah ada baru kari..uhh wanginya, sejuk le rasa nak langkah kaki masuk rumah. Kalau tidak, letih siot nak masak lepas habis keje...ni keje aku balik makan terus, and then biasalah, woman's touch...tetiba ada lak jambakan2 bunga kat meja depan, tuko cadar/bedspread/comforter baru....eeeepppp!!!! but hey, nice job guys, well done!!!

They also brought bola jersey for QLD team tahun ni. Tema? Malaysia bebeh!! Kuning hitam harimau mengaum!! Rooaarrrr!!!!!! Sorang bayar $40 jek for the whole set, lawa2 tu, siap ada number ngan name skali...what a bargain, but a fair amount effort was put into that though...merata jalan the whole KL cari supplier yg boleh cari jersey for the whole team, sebab for some reason, diorang semua stok 1-2 jek, 10-20 takde...pelik2, anyway everyone loved it....wore tat for our 1st friendly against the Indons, and ended up winning 5-1!! Must be the jersey guys...great scott!!

Also had the chance to meet my sis's bf who came from Sydney. So sepanjang seminggu tuh borak2 lah ngan dia skit, saja get to know the person. So kalau kita gi mana2 tuh, kita ajaklah dia ikut skali, sembang2...as usual, mum does the rapport building while I do the listening / analysing. It's all tag team guys. In the end, it worked out well.. He seemed to be a good person, and nampak gaya macam bukan main2 punya orang lah..so, if things do get serious, i think it should be ok, based on first impressions. Lebih2 tu serah pada tuhan la, kita hanya mampu merancang ye tak?

Now I'm back at work and back blogging. Si Abu tak ikut, dia ada uni so next time lah dtg jumpa abang ok? Take care...