Saturday, June 14, 2008

Nice job

Saudara David Villa,
No 9, Lot 135 Felda Zorro,
43650 Villareal,
SEPANYOL.

Ke hadapan saudara Villa yang berada di sana, semoga saudara sentiasa sihat sejahtera dan gembira selalu.

Saudara Villa,

Warkah ini sekadar bertanya khabar dan berterima kasih kepada saudara kerana menghidupkan harapan kami di saat-saat akhir, tika kegagalan kian hampir. Bagaikan guruh berdentum-dentum jeritan seantero rakyat dengan jasa saudara.

Semoga saudara terus bertempur gigih untuk masa-masa akan datang. Ingatlah Villa, sesungguhnya usaha tangga kejayaan. Minta diri dulu.

P.S - Sampaikan salam saya kepada kekanda Torres sekali ya? Rindukan orang-orang kampung di tanahair Ulu Sepanyol Hilir.

3 comments:

-Azman Mashor- said...

aku rase ko dah jadi gile kot ansa..ko sure ke tanak keje kat gurun gak? mmg sesuai utk org2 mereng cam ko..hahah

Ansar Masuri said...

bukan gila, demam jek...demam euro!!!!!!!!!!!!!

Ansar Masuri said...

bukan gila, demam jek...demam euro!!!!!!!!!!!!!